Saturday, 1 June 2013
10 SURAH AI-QURAN PERLU DIAMAL SELALU-2013
cuti persekolahan mei 2013........... penuh kenangan
AL-QURAN:
10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w
SURAH
AL-FATIHAH
Amalkan
membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah
Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah
ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya
dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini
sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH
YAASIN
Telah
bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan
hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca
Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali
membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat
dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan
kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia
mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan
kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca
dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan
mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah
Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari
KIAMAT.
SURAH
AD-DHUHAN
Dibaca
sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH
AL-WAQI’AH
Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As
ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat
Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi
sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan
minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH
AL-KHAUTHAR
Sesiapa
yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang
membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah
dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH
AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa
yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat
Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan
terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur,
bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam
diri kita.
SURAH
AL-MULK
Sebuah
lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang
amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis
Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan
mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap
malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
SURAH
AL-IKHLAS
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara
mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang
membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an
keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali
r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya
sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan
Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan
duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan
kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH
AL-FALAQ
Siti
Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak
tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu
ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan
kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3
hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan
syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan
manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH
AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir
(ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang
kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam
golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
Friday, 22 April 2011
cara membuat pautan pada laman web lain
learning management system KPM
cikguzas.blogspot.com
myskam.blogspot.com
http://spp.moe.edu.my/
cikguzaharani.blogspot.com
cikgurodziah.blogspot.com
cikgunorsham.blogspot.com
tokwan68.blogspot.com
cobskpc.blogspot.com
cikguzultemangan.blogspot.com
mahsmach.blogspot.com
stophait.blogspot.com
cikgusyahida.blogspot.com
cikguzas.blogspot.com
myskam.blogspot.com
http://spp.moe.edu.my/
cikguzaharani.blogspot.com
cikgurodziah.blogspot.com
cikgunorsham.blogspot.com
tokwan68.blogspot.com
cobskpc.blogspot.com
cikguzultemangan.blogspot.com
mahsmach.blogspot.com
stophait.blogspot.com
cikgusyahida.blogspot.com
memoriku
Kursus laman blog untuk Gc PPD Machang.
tarikh : 23.04.2011
tempat : sm sains machang. kelantan
tarikh : 23.04.2011
tempat : sm sains machang. kelantan
Subscribe to:
Posts (Atom)